Friday 9 November 2012

ANAK FELDA BERHIMPUN! TAHNIAH PM... TAHNIAH ANAK FELDA..

Pada hari ini, bertempat di Padang Kawad Uitm Shah Alam telah menjadi satu tempat perhimpunan Belia anak FELDA. Himpunan Generasi Belia FELDA melibatkan seramai 12,000 belia dari seluruh rancangan FELDA, boleh dianggap satu perhimpunan yang berjaya.

Tujuan himpunan ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada belia FELDA di rancangan FELDA dan di luar FELDA untuk mengenali antara satu sama lain dalam suatu wadah yang cukup selesa dan sempurna.

Berbagai aktiviti yang menarik sepanjang perhimpunan yang diadakan dari 9 - 11 November 2012 ini. Antaranya acara sukan Paintball, Futsal, Bola Jaring dan Explore Race.

Yang menariknya juga, YAB Perdana Menteri telah menyempurnakan bayaran DURIAN RUNTUH fasa ketiga bagi kategori belia/generasi baharu FELDA sebanyak RM5,000 kepada 112,635 keluarga dengan melibatkan sebanyak RM563,175,000. Bayaran ini akan dibayar dalam bentuk cek melalui rancangan FELDA.

Sumber dana kesemua pemberian durian runtuh adalah diraih daripada Penawaran Awam Permulaan IPO FGV. Pemegang saham FGV dijangka akan mendapat dividen daripada 50% keuntungan yang diraih oleh perniagaan FGV.

Penubuhan FELDA memberi impak kepada pendapatan pertengahan peneroka dan menyumbang banyak kepada pembaskian kemiskinan Negara yang dahulunya 70% berada di paras kemiskinan ke 3% hari ini. Sumbangan FELDA diteruskan lagi kepada generasi baharu FELDA dalam membantu kerajaan dalam membina generasi baru yang berpelajara dan berwibawa, bermula dengan penyediaan prasarana yang cukup seperti penubuhan Asrama Semai Bakti di Felda, pelbagai bidang kemahiran, biasiswa dan lain-lain yang berkaitan.

Sumber: Jabatan Pembangunan Komuniti & Koordinasi FELDA
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday 5 November 2012

Sayang Khalid gagagagagagagaaapp.. Oh MB ku....

Sejak pemerintahan Pakatan Haram ni.. Aku tengok apa pun x dibuat oleh dorang. Masa memula nak dapatkan Selangor.. Macam2 janji dorang tabur.. Biasalah kan.. "Janji manismu" bak kata penyanyi Aisyah tu..

Tengok.. Inilah hasil kerja mereka sepanjang pemerintahan mereka.. Mana dia si Khalid Gagap? Mana dia si khalid Gereja??

Banjir sana sini.. Apa tindakan korang? Takkan nak biarkan macam ni aje??? Untung kerajaan Negeri banyak.. Kata korang.. So, untuk kebajikan.. Gunakanlah duit tu untuk rakyat Selangor.. Dah nak dekat pilihanraya ni.. Tak nak tabur kat kitorang ke untuk undi korang?? Pakatan Rapuh!!!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tahniah! Inilah Hasil Perjuangan Kamu Nurul Izzah..

Haishh... Tengok la apa dah jadi sekarang ni? Budak2 sekarang dah tak tau apa hukum hakamnya bila percakapan tu tak menggunakan akal untuk melontarkan pendapatnya..

Tahniah! Ni hasil yang kita dapat kini.. Tahniah Nurul Izzah kerana budak ni dah jadi carca marba tak akan menegakkan agama Islam yang kamu anuti selama ini..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday 16 October 2012

Tabung Warisan MARA kesan dan impaknya kepada umat Islam...

Siang tadi, di bangunan MARA, satu dana baru dilancarkan oleh Pengerusi MARA, YB. Dato' Seri Idris bin Jusoh bagi membantu umat Islam yang memerlukan untuk menambahkan ilmu pengetahuan hasil daripada sumbangan orang ramai melalui waqaf yang diberi.

Impaknya pasti besar jika kita umat Islam menyumbangkan sedikit walaupun seringgit sebulan sumbangan yang berterusan di samping dengan pahala yang kita dapat melalui sumbangan yang diberi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Tabung Warisan MARA, boleh klik di link berikut:

http://tabungwarisanmara.ypm.org.my/
http://tabungwarisanmara.org.my/
http://facebook.com/tbgwarisanmara
http://twitter.com/tbgwarisanmara 


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday 29 May 2012

WWW1: Nizar vs Sultan Johor

PADA ketika artikel ini ditulis, penulis suka nak memaklumkan bahawa Datuk Seri Nizar Jamaludin yang mula mempolitik isu ini melalui twitternya sejak malam tadi telah tampil dengan penjelasan – UMNO sengaja membesar-besarkan isu tersebut.

'Penjelasan' ini diberikan setelah anakanda Sultan Johor, Tengku Ismail sendiri tampil menangkis tuduhan Nizar bahawa DYMM Tuanku menggunakan wang rakyat untuk membida nombor plat yang mencecah harga sebanyak RM 520,000 – yang juga merupakan rekod dalam sebarang bidaan nombor plat di negara ini.

Seperti biasalah, bila Pakatan Rakyat ada masalah, UMNO akan dijadikan kambing hitam. Ini bukan masalah besar yang nak dipeningkan sangat.

Soal duit rakyat atau tidak itu bukan isunya kerana sebagai Sultan Johor, baginda mempunyai pendapatan sendiri seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang tubuh negeri Johor, malah turut dinyatakan dalam Perlembagaan Malaysia juga. Itu baru bercakap tentang pendapatan, belum lagi kemudahan-kemudahan lain yang dikhaskan untuk baginda.

Malah sebelum ini pun baginda adalah Tengku Mahkota Johor untuk satu tempoh yang sangat panjang iaitu 29 tahun, sebelum ditabalkan sebagai Sultan Johor pada 2010 bagi menggantikan Alhmarhum Ayahandanya, Tuanku Iskandar yang mangkat pada 2010. Jawatan Tengku Mahkota itu juga adalah jawatan rasmi dan bergaji.

Semua inilah yang melayakkan baginda turut serta dalam bidaan tersebut dan motif disebalik tindakan Nizar mempolitikkan isu ini, bukanlah terlalu sukar untuk dibaca.

Nizar cuba membangkitkan sentiment kebencian di kalangan rakyat, kononnya DYMM Sultan Johor ini menghabiskan duit rakyat. Ini memang sikapnya yang sudah banyak termakan budi dengan DAP yang diketahui 'membenci' sistem beraja dan sering mencari jalan untuk menghapuskannya. Benci dalam erti kata pendapatan yang diterima, tapi kerana hanya orang melayu sahaja yang boleh menduduki jawatan tersebut.

DAP, seperti mana parti induknya PAP di Singapore, lebih suka kalau orang bukan melayu juga berpeluang untuk menjadi ketua negara, disamping ketua kerajaan (Perdana Menteri), yang sedang menjadi topik perbincangan hangat di laman-laman sosial sekarang.
Yang Nizar tidak nampak ialah wang sebanyak RM 520,000 itu dibayar semula oleh Tuanku Sultan kepada rakyat – kalau benarlah tuduhan Nizar bahawa DYMM Tuanku menggunakan wang rakyat untuk membida nombor plat tersebut, kerana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menguruskan bidaan tersebut adalah sebuah jabatan kerajaan.

Kalau difikir-fikirkan, DYMM Sultan Johor tidak perlu turut serta pun dalam bidaan tersebut, baginda boleh sahaja menggunakan pengaruhnya untuk meminta kerajaan menyerahkan nombor tersebut kepadanya. Tapi baginda bukan seorang yang begitu, baginda tetap turut serta dalam bidaan tersebut bagi mengelak prasangka yang lebih buruk di kalangan rakyat, terutama dikalangan ahli perniagaan kaya yang turut mengintai peluang untuk menggunakan nombor plat yang mempunyai tarikan tersendiri itu.

Isu ini sebenarnya bukan isu politik pun, tapi kerana sudah namanya Nizar, dia akan cuba juga memastikan ia dipolitikkan, dengan dia sendiri sebagai pemulanya. Yang penting kepada Nizar ialah komen-komen lain yang menyusul selepas isu ini menjadi sensasi. Itu yang sebenarnya dimahukan Nizar sebagai balasan kepada DAP yang meletakkannya sebagai Menteri Besar Perak (walaupun PAS hanya mempunyai 6 kerusi di DUN Perak).

Kredited : BERUANGBIRU...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday 21 May 2012

Kalah Kes Liwat, Adakah Yusof Bersekongkol Dengan Anwar?

BUKAN sedikit mata yang terbeliak di hari perbicaraan Anwar dalam isu Bersih pagi tadi. Semuanya gara-gara melihat peguam yang mewakili Anwar, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, bekas peguam cara II negara, yang juga mengetuai barisan pendakwaan kes liwat Anwar dan Saiful Bukhari. Ia seolah-olah melihat Mahathir berpegang tangan dengan Anwar, sehari selepas memecatnya dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998.

Yusof dengan rasmi melepaskan jawatan sebagai Peguam Cara II Negara, beberapa hari sebelum Anwar dibebaskan dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012.

Sementara ramai yang beranggapan, Anwar menang kes tersebut kerana Hakim terkhilaf dalam penghakimannya, tindakan Yusof kini menimbulkan kesangsian sama ada ketua pendakwaan sendiri pun ada memainkan peranan juga dalam pembebasannya.

Bagaimana dan berapa besar peranan yang dimainkan Yusof, penulis tidak pasti, tapi penulis yakin ada dan semua ini menuntut Yusof tampil memberikan penjelasan apa sebenarnya yang berlaku. Lagipun kita sedang cakap Yusof sebagai peguambela sekarang, bukan Yusof sebagai peguam cara, dan kebetulan golongan peguam kini ada isu kredebiliti dan intergriti yang serius

Sekarang fahamlah kita kenapa kes Anwar ini tertangguh sekian lama tanpa dicabar pasukan Pendakwaan. Fahamlah kita kenapa banyak kesilapan-kesilapan bodoh dari pihak pendakwaan dibuat dalam kes ini antaranya kegagalan mendesak Anwar mengemukakan saksi alibi yang nama-nama mereka dikemukakan kepada Mahkamah oleh Karpal Singh sebaik Anwar diarah untuk membela diri.

Begitu juga dengan tindakan menamakan Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif sebagai sebagai sebahagian dari pasukan pendakwaan walaupun tahu beliau ada ‘isu’ dengan Saiful Bukhari. Soal kebenaran disebalik isu yang dibangkitkan itu tidak penting, yang penting kegagalan mengenal pasti masalah yang timbul telah menyebabkan kes tersebut hampir sahaja dibuang oleh Mahkamah.

Dan siapa yang patut bertanggungjawab dalam soal ini? Penulis yakin Yusof, kerana sebagai ketua pendakwaan, dia yang bertanggungjawab memilih timbalan pendakwa raya mana yang layak untuk membantunya dalam mengendalikan kes tersebut.

Penulis yakin, semua kegagalan ini memainkan peranan penting dalam mendorong Hakim membuat keputusan membebaskan Anwar dari kesalahan meliwat Saiful.

Yusof tidak perlu menjawab kepada media (apatah lagi yang pro pembangkang) seperti yang dilakukannya sebentar tadi. Yusof perlu menjawab kepada rakyat kerana sepanjang dia berkhidmat di Jabatan Peguam Negara, wang rakyatlah yang membayar gajinya.

Ini bukan soal kecil, ini soal serius yang membabitkan intergriti pejabat Peguam Negara sebagai satu-satunya badan yang mempunyai keputusan penuh untuk meneruskan atau tidak sesuatu kes pendakwaan. Begitu juga dengan menentukan sama ada rayuan akan dibuat ke peringkat Mahkamah yang lebih tinggi atau tidak.

Kita bimbang ada unsur-unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa terlibat. Takkanlah semuanya terjadi secara kebetulan? Kalau benar Yusof ‘dibeli’ semasa mengendalikan kes Anwar, perbicaraan semula perlu diadakan dengan barisan pendakwaan yang baru.

Silap-silap, Peguam Negara pun perlu letak jawatan.


Sumber : BeruangBiru
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday 20 May 2012

Perkongsian Ilmu

Tanggal 22/05/2012 adalah tanggal 1 bulan Rajab, 1433 H, Riwayat Al-Thabarani dari Sa'id bin Rasyid "Barang siapa berpuasa sehari di bulan Rajab,maka ia laksana berpuasa setahun, bila puasa 7 hari maka ditutuplah untuknya pintu-pintu neraka Jahanam, bila puasa 8 hari dibukakan untuknya 8 pintu surga, bila puasa 10 hari, Allah akan mengabulkan semua permintaannya."

Barang siapa mengingatkan org lain ttg ini seakan ibadah 80 tahun.....fa insya'allahu minal amiiniin.
angrybird's BlackBerry®

Saksikan

Jangan lupa untuk Menyaksikan YB Dato Razali Bin Hj Ibrahim Timbalan Menteri Belia dan Sukan *MY* di TV3 MHI (Malaysia Hari Ini) pada 21/05/2012 jam 7.30 pagi secara LIVE.

Temuramah Eksklusif Sempena Himpunan Jutaan Belia 2012.



angrybird's BlackBerry®

Friday 18 May 2012

Kalau Nak Berjaya..

Di Kuching, semangat untuk meningkatkan kaumnya dan keluarganya sendiri menyebabkan seorang pelajar Penan, Lerroy Lemen telah terpilih menjadi kaum pertama Penan dari kawasan pedalaman Long Lemai untuk menerima biasiswa melalui program Peneraju Tunas Potensi.

Begitu kuat semangat Lerroy ni untuk berjaya. Tu dari kawasan pedalaman yang serba serbi kekurangan.

Macam mana pulak dengan adik-adik yang di kawasan bandar ni?
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday 17 May 2012

23 - 27hb Mei ni Hari Jutaan Belia kat Putrajaya... Wow! Mesti best macam-macam aktiviti menarik kat sana. Rugi la kalau tak pegi...

Jom.. Rakan Belia.. Kita bersatu hati bersama membangunkan generasi kita agar terus maju dan maju...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Peluang Hari Belia

@BeeAntBlues menawarkan lebih 100 tapak pameran, jualan, gerai F&B di #HimpunanJutaanBelia 23-27 Mei Putrajaya. Terdapat pelbagai akitiviti menarik spt Gig, Konsert, Paintball, Hot-Air Balloon,dll.

Sila hubungi Zaklean - 0126635008 & Sharifah - 0192589291 @ E-mail ke beeantblues2012@gmail.com


angrybird's BlackBerry®

Tuesday 15 May 2012

Selamat Ulang Tahun Umno 66

Selamat Ulang Tahun UMNO yang ke 66. Nampaknya sambutan kali ni memang meriah sekali. Buat pertama kali UMNO berhimpun di stadium bukit jalil untuk sambutan ulang tahun yang kebiasaannya di adakan di PWTC.

Sambutan dari golongan tua dan muda menunjukkan bertapa keramatnya parti ini. Umno unggul dalam pertadbiran dan kepimpinan kerajaan yang sememangnya tak dapat nak di pertikaikan sehingga ke hari ini.

HIDUP UMNO

Sent from angrybird's BlackBerry® (BBM 28071654) wireless device via Vodafone-Celcom Mobile

Wednesday 2 May 2012

Belia Malaysia Bertuah

Kat Malaysia ni macam-macam program yang di fikir cipta khusus untuk golongan belia. Bertapa kerajaan mengambil berat golongan ini. Di adakan hari khas untuk para belia. Untung-untung golongan ini tak rasakan yang mereka tu dipinggirkan. Apa tidaknya pada golongan ini kerajaan begitu sibuk dengan agenda-agenda politik yang pada sesetengah mereka mungkin membosankan.

Pelbagai kemudahan dan peruntukan juga kerajaan sediakan untuk para belia ini. Baik dari segi kewangan, prasarana kat tempat-tempat awam seperti bersukan dan bermacam-macam lagi. Akan tetepi sejauh manakah golongan ini menghargai segala yang diberikan oleh pihak kerajaan.

Merteri belia dan sukan tak pernah jemu turun padang untuk bertemu dan beramah mesra di samping mendengar sendiri permasalahan yang mereka ini hadapi. Akan datang pada 23-27May, merupakan Himpunan Sejuta Belia akan di adakan bakal menghimpunkan golongan pewaris masa depan bangsa dan negara.

Pelbagai aktiviti yang telah di rancang bagi menjayakan himpunan kali ini. Semua belia beliawanis di saran tak lepaskan peluang untuk bersama-sama di samping memanfaatkan program yang telah di rancang agar program ini dapat di jayakan dengan sempurna.

Sent from angrybird's BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile

Sunday 22 April 2012

Jom kita TIBAI

Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) telah di lancarkan di Kelab Sultan Sulaiman (KSS) dengan begitu ramai yang menyokong. Kali ini bukan sahaja Melayu, tetapi di sertai oleh India dan China. Tibai di ketuai oleh bekas pemimpin PKR, saudara Zahid Mat Arip.

Macam2 pertubuhan yang ditubuhkan, semata-mata nak bagitahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim. Mereka yang pernah bekerja dengan Anwar, seorang demi seorang tampil bagi menerangkan pada orang ramai sifat sebenar beliau.

Bermacam-macam cerita yang dapat kita dengar daripada pelbagai sudut oleh mereka yang pernah berkerja dengan Anwar Ibrahim. sejauh mana agaknya mereka yang dengar ni dapat terima TIBAI. Memang nampak bersungguh-sungguh sesetengah pihak cuba nak buktikan siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.

Semoga mereka yang ikhlas dalam perjuangan sekarang ni akan di permudahkan segala urusan mereka.


Sent from angrybird's BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile

Sunday 1 April 2012

Dua juta dijangka sertai Himpunan Jutaan Belia bulan depan


KUALA LUMPUR 2 April - Seramai dua juta belia dijangka memeriahkan Himpunan Jutaan Belia yang akan berlangsung selama lima hari bermula 23 Mei ini di Putrajaya.

Menteri Belia dan Sukan (KBS), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sebanyak 38 segmen disediakan pada himpunan tersebut yang berlangsung bersama-sama Karnival Putrajaya yang merupakan antara 10 karnival terbesar di dunia.

Menurut beliau, antara segmen yang disediakan ialah kerohanian, kreatif, teknologi, hiburan dan sukan.

"Sehingga hari ini kita mendapat penyertaan lebih 20,000 belia yang akan menyertai pertandingan futsal pada karnival ini," katanya kepada para pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata, lebih 500 gerai telah ditempah oleh pelbagai pihak namun sehingga hari ini pihaknya masih menerima permohonan daripada orang ramai yang ingin menempah gerai-gerai tersebut. - UTUSAN


Friday 30 March 2012

Ragu2 Nak Tolak BISEKSUAL ??

Dah terang dan nyata Biseksual ( LGBT ) tu amalan2 mereka yang memang tak ada akal, tetapi perbuatan tersebut menjadi satu kebiasaan bagi pemimpin pembangkang. Parti Pas pulak memang agak mengecewakan bila ada segelintir barisan pemimpin mereka yang menerima amalan sedemikian rupa. Kecewa sungguh aku dengan Parti yang dulu aku anggap pemerintahannya berlandaskan Al Quran dan Al Sunnah.

Hari ini, seorang demi seorang dari kalangan pemimpim Pas keluar membuat kenyataan yang beliau menolak amalan tersebut. Baguslah kalau macam tu. Lepas ni aku harap ada kalangan pemimpin2 Pas akan cuba menasihati Penasihat Parti PKR agak balik ke pangkal jalan. Jangan cuba nak huru harakan Negara Malaysia yang dah sedia aman. Kalau setakat dia nak berasuah sikit sikit tu mungkin orang akan pejam sebelah mata walau pun ada yang tak boleh nak pejam. 

Ini pulak cuba nak perak peranda warga2 muda dengan amalan2 yang terkutuk. Sudahlah menaikan kemarahan jalinan cinta dengan Israel. Tak cukup dengan itu, nak rosakkan ideologi dan pemikiran anak2 muda dengan membenar hubungan sumbang. 

- angrybirdfly -

Thursday 29 March 2012

Peranan Media Baru dalam Gagasan 1Malaysia @TehTarikYB vs Kelab MAYC Veteran

Bila kita bercakap mengenai Gagasan 1Malaysia, masih ramai yang samar samar apakah sebenarnya Gagasan 1Malaysia. Untuk kita faham dengan lebih dalam maksud dan misi ini, jom kita sama sama dengar apa yang akan diterangkan langsung memberi penjelasan yang penuh mengenai Gagasan 1Malaysia.

Wednesday 28 March 2012

PRU 13 : Berebut Kerusi Petanda PR Mahu Bungkus

Kiriman oleh Zanuddin @ Obey_one pada March 28, 2012.


Titik temu di antara DAP, PKR dan Pas yang melahirkan gabungan haram PR (tidak berdaftar) hanyalah bersandarkan faktor BN adalah musuh bersama, bukannya kerana mahu berkhidmat & menjaga kebajikan rakyat apatah lagi berhasrat memajukan negara.

Pengelutan dalaman terbaru yang melanda Pakatan Rakyat (PR) sekarang ini membabitkan perebutan kerusi DUN & Parlimen antara DAP & Pas Kedah hanyalah satu daripada ratusan bukti yang menunjukkan PR bakal menempah maut dalam PRU 13 kelak.

Menurut Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik yang juga ADUN Kota Darul Aman, jika dalam PRU akan datang Pas gagal memberi lebih banyak kerusi untuk ditandingi DAP, bermakna akan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Kenyataan berbau ugutan tersebut bukan saja menyebabkan ramai penyokong Pas berang naik darah, malah tidak kurang juga yang mula mempertikaikan peranan DAP dalam PR yang dilihat cuba mendominasi arah haluan gabungan tersebut.

Rupanya penyokong Pas baru sedar sikap sebenar DAP sedangkan dah lama kita ketahui betapa kiasunya DAP dalam menjaga kepentingan mereka berbanding mengutamakan kepentingan bersama.

Dalam BN lain halnya. Konsep pembahagian kerusi jikapun terkadang ada kesulitan dan masalah antara komponen BN, jalan penyelesaiannya tetap dirundingkan bersama kerana tertubuhnya BN itu adalah kesinambungan dari parti Perikatan yang lahir atas niat & hasrat murni untuk membela rakyat & memerdekakan negara.

Bagaimana mungkin untuk PR layak memerintah negara bila dalam hal pembahagian kerusi antara anggota gabungan pun wujud budaya ugut mengugut? Pantang bertelingkah pendapat masing-masing berkeras dan enggan mengalah, mahu jahanam negara dibuatnya kalau PR yang memerintah nanti.

Gabungan PR itu sendiri hingga sekarang tidak didaftarkan pun sudah cukup untuk menyebabkan keyakinan umum terhadap PR tergugat ditambah lagi dengan isu perebutan kerusi, jadi tidak sukar untuk kita menjangkakan dalam PRU 13 nanti ada kemungkinan untuk PR bungkus dan gulung tikar.


Sent from angrybird's BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile

Sunday 25 March 2012

Tak Ada Sebab Untuk Tolak Pembangunan di Pengerang


Kiriman oleh Zanuddin @ Obey_one pada March 25, 2012.

Daerah kecil Pengerang yang selama ini terkenal dengan makanan laut telah dikejutkan dengan beberapa isu ekoran dari keputusan kerajaan persekutuan dengan kerjasama kerajaan negeri Johor untuk membangunkan kawasan itu dengan pembinaan Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Petronas Loji yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri tidak berapa lama dahulu.

Projek yang di anggarkan bernilai hampir 60 billion itu, adalah merupakan salah satu dari program pembangunan di bawah Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) yang terbesar dan termoden di rantau ini. Perdana Menteri ketika menyampaikan amanatnya kepada 10,000 warga kampus sempena Majlis Pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa di Universiti Teknologi MARA baru-baru ini, juga mengatakan selain dari menjana pendapatan ekonomi negara ia antara lainnya, mampu menjana lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Setiausaha UMNO Bahagian Pengerang, Haji Ghazali Abas ketika di hubungi mengatakan majoriti penduduk mengalu-alukan projek pembangunan ini. Selain menjana pendapatan penduduk yang selama ini bergantung hidup dengan hasil tangkapan ikan dan pertanian ia juga dilihat mampu untuk memberikan kehidupan yang lebih selesa dan teratur kepada penduduk kampung yang terlibat.

"Ia merupakan satu rahmat kepada penduduk Pengerang dan kepada rakyat Johor secara keseluruhanya. Pembangkang dilihat cuba mengambil kesempatan di atas isu ini untuk mewujudkan sentimen kebencian di kalangan rakyat dengan mengaitkan pembangunan ini dengan isu Lynas di Pahang. Mereka juga turut mengaitkan projek dengan kesan radioaktif dan bakal menyebabkan lelah dan penyakit, khasnya kanak-kanak dan orang tua yang akan hilang imuniti secara perlahan-lahan dan sebagainya "

Ini kerana menurut beliau pembangunan ini bukanlah yang pertama kali ingin dilakukan oleh kerajaan. Sebelum ini negara telah mempunyai hub simpanan minyak di Terengganu, Melaka dan Johor. Malahan negara jiran seperti Singapura juga mempunyai hub simpanan minyak seperti ini katanya lagi ketika mengulas kenyataan yang dikeluarkan Naib Presiden Keadilan merangkap Ketua PKR Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng.

"Kalau betul projek ini bahaya, secara logiknya sudah tentu rakyat di negeri Terengganu, Melaka dan Johor telah tercemar dengan kesan radioaktif dan mengalami simptom-simptom seperti yang dinyatakan tadi. Namun ini tidak berlaku. Oleh itu saya melihat kenyataan itu hanya merupakan sangkaan jahat untuk mengagalkan projek pembangunan ini" katanya lagi.

Menurut beliau lagi, baru-baru ini hampir 700 orang wakil kepimpinan dan NGO di kawasan Pengerang seperti persatuan belia, ketua-ketua blok dari kawasan Felda, wakil persatuan nelayan, penghulu mukim, ketua-ketua kampung, pertubuhan wanita dan sebagainya telah hadir untuk berhimpun secara aman bagi menyatakan sokongan penduduk terhadap pembangunan ini sekaligus menolak perhimpunan yang mereka adakan pada minggu lalu yang mana menurut beliau hanya dihadiri sekitar 200 orang.

Beliau juga mengulas kenyataan yang dibuat oleh Kasran Abdullah yang di siarkan oleh portal Malaysiakini, kononnya mewakili Jawatankuasa Bertindak Penduduk-penduduk Pengerang yang mengatakan hampir 96% penduduk kampung menolak projek ini. Beliau menolak dengan sekeras-kerasnya kenyataan itu dengan mengatakan ia tidak masuk akal sama sekali.

Ini kerana menurut beliau majoriti penduduk yang ditemui langsung tidak mengetahui atau dimaklumkan mengenai kajian yang kononnya dijalankan itu. Oleh yang demikian kenyataan itu tidak boleh diterima sama sekali. Hasil pemeriksaan yang dijalankan juga, mengatakan persatuan yang dikatakan itu juga adalah merupakan persatuan yang haram kerana tidak pernah berdaftar secara sah.

Penghulu Mukim Pantai Timur, Mohamad Khaidir Ismail ketika dihubungi juga memberikan maklumbalas yang senada dan hampir sama. Beliau menolak dakwaan yang mengatakan hampir 1600 tandatangan telah berjaya dikumpul sebagai tanda bantahan untuk menolak projek pembangunan ini.

"Mungkin ada beberapa isu yang berbangkit yang disuarakan oleh orang kampung, namun untuk mengatakan majoriti penduduk menolak tidak boleh diterima sama sekali" katanya lagi.

Beliau turut menegaskan, ada terbaca mengenai laporan berita dan rakaman perbualan yang dikeluarkan oleh portal yang sama berkenaan kesediaan penduduk kampung dan nelayan untuk berpindah sekiranya tawaran harga yang diberikan memuaskan. Kenyataan itu sekaligus menolak dakwaan majoriti penduduk menolak pembangunan.

Katanya lagi isu ini harus dilihat dari sudut yang lebih luas dan positif. Dengan kehadiran projek pembangunan ini ia sekaligus akan dapat mengurangkan isu kawasan Pengerang yang sering digunakan oleh pendatang asing tanpa izin sebagai laluan pintu keluar masuk dan aktiviti-aktiviti penyeludupan dan sebagainya.

Beberapa laporan polis juga telah dibuat oleh wakil-wakil kepimpinan kampung dan NGO sebagai tanda bantahan dan menolak pendekatan yang digunakan oleh pembangkang untuk memburuk-burukkan kerajaan dan menghasut penduduk kampung semata-mata untuk meraih simpati bagi meraih undi, tegas beliau lagi


Obey-One berkata : Buat semua rakan di Johor terutama dari UMNO sedar lah Johor bukan lagi kawasan selesa dan tersendiri…


Friday 23 March 2012

Ulang Tahun Umno

Info from : @AfiqKLtown:


DS Najib berkata mesyuarat MT UMNO malam ini bersetuju untuk mengadakan sambutan ulang tahun UMNO ke 66 pd 11 Mei 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil dari 11 - 13 Mei dengan beberapa pengisian program spt forum hal ehwal Islam, Job Fair, Futsal, karnival jualan dll.



Sent from angrybird's BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile

Amalkan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sebelum tido... Baca doa tido dulu

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَحْمَنِ اارَّحِيم
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ


"...Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati..."

آمِيّنْ… آمِيّنْ… يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ


/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ .


Sent from angrybird's BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile

PKR Bodohkan Penduduk Pengerang


Kiriman oleh Zanuddin @ Obey_one pada March 23, 2012.

Jika Ahad lalu dikatakan hampir 200 orang yang mendakwa kononnya mereka sebagai Jawatankuasa Bertindak Penduduk Pengerang bagi membantah rancangan Petronas membina kilang petrokimia bagi projek pembangunan hab industri minyak dan gas penapis gas di pekan itu.

"1600 orang yang didakwa membantah pembangunan Pengerang"
Tetapi semalam hampir 800 orang penduduk di Parlimen Pengerang berhimpun secara aman bagi menunjukkan tanda sokongan terhadap projek minyak dan gas yang akan dibangunkan di kawasan tersebut.
Penghulu Mukim Pantai Timur, Mohamad Khaidir Ismail berkata, perhimpunan itu diadakan sebagai tindakan balas terhadap demonstrasi bantahan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang dipercayai digerakkan oleh pembangkang untuk menolak pembangunan projek itu.
“Kita tidak mahu masyarakat di sini terpengaruh dengan dakyah pihak tidak bertanggungjawab yang mahu projek tersebut gagal.
“Majoriti penduduk bersetuju dengan projek ini yang pasti membawa pembangunan pesat ke kawasan Pengerang,” katanya di tapak projek milik sebuah syarikat di Tanjung Kapal di sini.
Sementara Jawatankuasa Bertindak Penduduk Pengerang yang membantah telah menyangkal dakwaan Datuk Azalina bahawa mereka yang menyertai bantahan itu semuanya orang asing. Tetapi telah dapat di butikkan bahawa kehadiran warga negara asing dari seberang tambak Johor kelihatan begitu ramai di kawasan sekitar sejak akhir akhir ini.
Sementara itu, projek berterusan untuk membina kompleks Refinery & Pembangunan Petrokimia Bersepadu (Rapid) di Pengerang telah menjadi tumpuan utama sejak akhir akhir ini oleh Pakatan Rakyat yang di ketuai oleh Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Johor, Datuk Chua Jui Meng, yang di katakan amat berminat dengan Kerusi Parlimen Pengerang yang menjadi milik Barisan Nasional melalui YB Datuk Azalina Othman.
Jui Meng juga pernah mendakwa pembangunan minyak dan gas di kawasan terbabit bukan sahaja memberi kesan kepada kebun, tanah penduduk, malah kepada anak dan cucu penduduk berikutan pencemaran yang berlaku.
“Kita percaya kilang yang akan dibina ini merupakan kilang radioaktif yang sama didirikan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Pahang.
“Malah hasil kajian yang dibuat di Amerika dan Kanada, lebih banyak orang yang mendapat lelah dan penyakit, khasnya kanak-kanak dan orang tua yang akan hilang imuniti secara perlahan-lahan. Malah ia tidak terlepas daripada berlakunya kesan rumah hijau,”
Walau bagaimanapun kenyataan Jui Meng itu disangkal oleh Azalina dengan menyifatkan kenyataan itu menunjukkan “Kebodohan Chua Jui Meng sendiri”
Azalina berkata Jui Meng tidak boleh wujudkan fitnah dengan mengatakan projek petroleum di petrokimia itu akan menyebabkan kesan radioaktif
“Jui Meng tak boleh fitnah projek Kerajaan Negeri. Bagi saya dakwaannya bahawa projek itu radioaktif adalah zalim. Apa kena mengena projek Pengerang dengan Lynas? Apa kena mengenai radioaktif dengan minyak?.
Dengan mendakwa “Mungkin orang kampung tak faham sangat, senanglah dia mereka ini cucuk orang kampong”.
Seterusnya Datuk Azalina berkata “Apabila saya siasat, yang banyak buat bising bukan penduduk tempatan tetapi orang luar. Orang kawasan saya baik-baik. Mereka terbuka kepada perbincangan. Mereka tak pernah cakap kerajaan zalim, malah berterima kasih kepada kerajaan,” tambahnya.
Aktiviti bergambar perhimpunan secara aman bagi menunjukkan tanda sokongan penduduk di Parlimen Pengerang.



























Obey-One berkata : Pembangkang sedang mencari ruang dan peluang disegenap ruang dan sudut walaupun jelas ternyata mereka ini di pergunakan oleh warga asing. 

Tuesday 28 February 2012

Batal Konsert - Wirawati Setuju, Pribumi Perkasa Malaysia




Disiar pada : Wed, Feb 29th, 2012                                              Oleh Zanuddin Salleh
www.pribumiperkasa.com


29 Feb.2012: Kontroversi Erykah Badu guna Tattoo Allah pada dadanya menyebabkan konsertnya pada
29 Februari 2012 dibatalkan. Kerajaan Malaysia telah mengarahkan konsert penyanyi Amerika Syarikat, Erykah Badu yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dibatalkan serta-merta.

Wirawati Perkasa memberi sokongan kenyataan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengenai pembatalan konsert Eryka Badu kerana telah melanggar garis panduan PUSPAL dengan meletakkan kalimah Allah dibadan tanpa baju adalah satu penghinaan kepada agama Islam.

Ketuanya Cik Zaira Jaffar mengatakan “Di khuatiri generasi muda yang kurang matang silap mentafsir tentang tatoo dan tidak menghormati kalimah Allah dengan melihat perbuatan tersebut sebagai dibenarkan dan biasa sahaja tanpa ada nilai nilai suci keagamaan”.

Beliau juga meminta umat Islam yang berhajat untuk menyaksikan konsert penyanyi berusia 40 tahun itu esok agar membatalkan niat mereka jika sayangkan kesucian Islam.

Pembatalan tersebut telah dijelaskan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim menerusi Twitter miliknya.

Beliau berkata “Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar Garis Panduan Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia”.

Bagaimanapun, Datuk Seri Rais tidak menyatakan dengan lebih lanjut sama ada pembatalan itu disebabkan penyiaran gambar kontroversi penyanyi tersebut dengan tatu kalimah Allah pada dadanya.

Sementara itu Setiausaha Agung Perkasa pula menyatakan “Kita perlu batalkannya kerana penyanyi itu menghina Islam. Di dalam bulan Maulidul Rasul’.

“Kita tidak boleh biarkan konsert itu diteruskan. Rakyat asing yang menghina Islam untuk apa kita benarkan dia masuk. Kalau penyanyi itu sudah ada dalam negara ini, perlu dihalau keluar segara,” kata Syed Hassan Syed Ali dalam satu SMS hari ini.

“PERKASA sedang rancangkan sesuatu. Tunggu dan lihat esok apa yang akan PERKASA lakukan jika konsert penyanyi itu diteruskan,” katanya.


PERKASA
Zanuddin Salleh -


Friday 10 February 2012