Friday 9 November 2012

ANAK FELDA BERHIMPUN! TAHNIAH PM... TAHNIAH ANAK FELDA..

Pada hari ini, bertempat di Padang Kawad Uitm Shah Alam telah menjadi satu tempat perhimpunan Belia anak FELDA. Himpunan Generasi Belia FELDA melibatkan seramai 12,000 belia dari seluruh rancangan FELDA, boleh dianggap satu perhimpunan yang berjaya.

Tujuan himpunan ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada belia FELDA di rancangan FELDA dan di luar FELDA untuk mengenali antara satu sama lain dalam suatu wadah yang cukup selesa dan sempurna.

Berbagai aktiviti yang menarik sepanjang perhimpunan yang diadakan dari 9 - 11 November 2012 ini. Antaranya acara sukan Paintball, Futsal, Bola Jaring dan Explore Race.

Yang menariknya juga, YAB Perdana Menteri telah menyempurnakan bayaran DURIAN RUNTUH fasa ketiga bagi kategori belia/generasi baharu FELDA sebanyak RM5,000 kepada 112,635 keluarga dengan melibatkan sebanyak RM563,175,000. Bayaran ini akan dibayar dalam bentuk cek melalui rancangan FELDA.

Sumber dana kesemua pemberian durian runtuh adalah diraih daripada Penawaran Awam Permulaan IPO FGV. Pemegang saham FGV dijangka akan mendapat dividen daripada 50% keuntungan yang diraih oleh perniagaan FGV.

Penubuhan FELDA memberi impak kepada pendapatan pertengahan peneroka dan menyumbang banyak kepada pembaskian kemiskinan Negara yang dahulunya 70% berada di paras kemiskinan ke 3% hari ini. Sumbangan FELDA diteruskan lagi kepada generasi baharu FELDA dalam membantu kerajaan dalam membina generasi baru yang berpelajara dan berwibawa, bermula dengan penyediaan prasarana yang cukup seperti penubuhan Asrama Semai Bakti di Felda, pelbagai bidang kemahiran, biasiswa dan lain-lain yang berkaitan.

Sumber: Jabatan Pembangunan Komuniti & Koordinasi FELDA
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday 5 November 2012

Sayang Khalid gagagagagagagaaapp.. Oh MB ku....

Sejak pemerintahan Pakatan Haram ni.. Aku tengok apa pun x dibuat oleh dorang. Masa memula nak dapatkan Selangor.. Macam2 janji dorang tabur.. Biasalah kan.. "Janji manismu" bak kata penyanyi Aisyah tu..

Tengok.. Inilah hasil kerja mereka sepanjang pemerintahan mereka.. Mana dia si Khalid Gagap? Mana dia si khalid Gereja??

Banjir sana sini.. Apa tindakan korang? Takkan nak biarkan macam ni aje??? Untung kerajaan Negeri banyak.. Kata korang.. So, untuk kebajikan.. Gunakanlah duit tu untuk rakyat Selangor.. Dah nak dekat pilihanraya ni.. Tak nak tabur kat kitorang ke untuk undi korang?? Pakatan Rapuh!!!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tahniah! Inilah Hasil Perjuangan Kamu Nurul Izzah..

Haishh... Tengok la apa dah jadi sekarang ni? Budak2 sekarang dah tak tau apa hukum hakamnya bila percakapan tu tak menggunakan akal untuk melontarkan pendapatnya..

Tahniah! Ni hasil yang kita dapat kini.. Tahniah Nurul Izzah kerana budak ni dah jadi carca marba tak akan menegakkan agama Islam yang kamu anuti selama ini..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday 16 October 2012

Tabung Warisan MARA kesan dan impaknya kepada umat Islam...

Siang tadi, di bangunan MARA, satu dana baru dilancarkan oleh Pengerusi MARA, YB. Dato' Seri Idris bin Jusoh bagi membantu umat Islam yang memerlukan untuk menambahkan ilmu pengetahuan hasil daripada sumbangan orang ramai melalui waqaf yang diberi.

Impaknya pasti besar jika kita umat Islam menyumbangkan sedikit walaupun seringgit sebulan sumbangan yang berterusan di samping dengan pahala yang kita dapat melalui sumbangan yang diberi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Tabung Warisan MARA, boleh klik di link berikut:

http://tabungwarisanmara.ypm.org.my/
http://tabungwarisanmara.org.my/
http://facebook.com/tbgwarisanmara
http://twitter.com/tbgwarisanmara 


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday 29 May 2012

WWW1: Nizar vs Sultan Johor

PADA ketika artikel ini ditulis, penulis suka nak memaklumkan bahawa Datuk Seri Nizar Jamaludin yang mula mempolitik isu ini melalui twitternya sejak malam tadi telah tampil dengan penjelasan – UMNO sengaja membesar-besarkan isu tersebut.

'Penjelasan' ini diberikan setelah anakanda Sultan Johor, Tengku Ismail sendiri tampil menangkis tuduhan Nizar bahawa DYMM Tuanku menggunakan wang rakyat untuk membida nombor plat yang mencecah harga sebanyak RM 520,000 – yang juga merupakan rekod dalam sebarang bidaan nombor plat di negara ini.

Seperti biasalah, bila Pakatan Rakyat ada masalah, UMNO akan dijadikan kambing hitam. Ini bukan masalah besar yang nak dipeningkan sangat.

Soal duit rakyat atau tidak itu bukan isunya kerana sebagai Sultan Johor, baginda mempunyai pendapatan sendiri seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang tubuh negeri Johor, malah turut dinyatakan dalam Perlembagaan Malaysia juga. Itu baru bercakap tentang pendapatan, belum lagi kemudahan-kemudahan lain yang dikhaskan untuk baginda.

Malah sebelum ini pun baginda adalah Tengku Mahkota Johor untuk satu tempoh yang sangat panjang iaitu 29 tahun, sebelum ditabalkan sebagai Sultan Johor pada 2010 bagi menggantikan Alhmarhum Ayahandanya, Tuanku Iskandar yang mangkat pada 2010. Jawatan Tengku Mahkota itu juga adalah jawatan rasmi dan bergaji.

Semua inilah yang melayakkan baginda turut serta dalam bidaan tersebut dan motif disebalik tindakan Nizar mempolitikkan isu ini, bukanlah terlalu sukar untuk dibaca.

Nizar cuba membangkitkan sentiment kebencian di kalangan rakyat, kononnya DYMM Sultan Johor ini menghabiskan duit rakyat. Ini memang sikapnya yang sudah banyak termakan budi dengan DAP yang diketahui 'membenci' sistem beraja dan sering mencari jalan untuk menghapuskannya. Benci dalam erti kata pendapatan yang diterima, tapi kerana hanya orang melayu sahaja yang boleh menduduki jawatan tersebut.

DAP, seperti mana parti induknya PAP di Singapore, lebih suka kalau orang bukan melayu juga berpeluang untuk menjadi ketua negara, disamping ketua kerajaan (Perdana Menteri), yang sedang menjadi topik perbincangan hangat di laman-laman sosial sekarang.
Yang Nizar tidak nampak ialah wang sebanyak RM 520,000 itu dibayar semula oleh Tuanku Sultan kepada rakyat – kalau benarlah tuduhan Nizar bahawa DYMM Tuanku menggunakan wang rakyat untuk membida nombor plat tersebut, kerana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menguruskan bidaan tersebut adalah sebuah jabatan kerajaan.

Kalau difikir-fikirkan, DYMM Sultan Johor tidak perlu turut serta pun dalam bidaan tersebut, baginda boleh sahaja menggunakan pengaruhnya untuk meminta kerajaan menyerahkan nombor tersebut kepadanya. Tapi baginda bukan seorang yang begitu, baginda tetap turut serta dalam bidaan tersebut bagi mengelak prasangka yang lebih buruk di kalangan rakyat, terutama dikalangan ahli perniagaan kaya yang turut mengintai peluang untuk menggunakan nombor plat yang mempunyai tarikan tersendiri itu.

Isu ini sebenarnya bukan isu politik pun, tapi kerana sudah namanya Nizar, dia akan cuba juga memastikan ia dipolitikkan, dengan dia sendiri sebagai pemulanya. Yang penting kepada Nizar ialah komen-komen lain yang menyusul selepas isu ini menjadi sensasi. Itu yang sebenarnya dimahukan Nizar sebagai balasan kepada DAP yang meletakkannya sebagai Menteri Besar Perak (walaupun PAS hanya mempunyai 6 kerusi di DUN Perak).

Kredited : BERUANGBIRU...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday 21 May 2012

Kalah Kes Liwat, Adakah Yusof Bersekongkol Dengan Anwar?

BUKAN sedikit mata yang terbeliak di hari perbicaraan Anwar dalam isu Bersih pagi tadi. Semuanya gara-gara melihat peguam yang mewakili Anwar, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, bekas peguam cara II negara, yang juga mengetuai barisan pendakwaan kes liwat Anwar dan Saiful Bukhari. Ia seolah-olah melihat Mahathir berpegang tangan dengan Anwar, sehari selepas memecatnya dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998.

Yusof dengan rasmi melepaskan jawatan sebagai Peguam Cara II Negara, beberapa hari sebelum Anwar dibebaskan dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012.

Sementara ramai yang beranggapan, Anwar menang kes tersebut kerana Hakim terkhilaf dalam penghakimannya, tindakan Yusof kini menimbulkan kesangsian sama ada ketua pendakwaan sendiri pun ada memainkan peranan juga dalam pembebasannya.

Bagaimana dan berapa besar peranan yang dimainkan Yusof, penulis tidak pasti, tapi penulis yakin ada dan semua ini menuntut Yusof tampil memberikan penjelasan apa sebenarnya yang berlaku. Lagipun kita sedang cakap Yusof sebagai peguambela sekarang, bukan Yusof sebagai peguam cara, dan kebetulan golongan peguam kini ada isu kredebiliti dan intergriti yang serius

Sekarang fahamlah kita kenapa kes Anwar ini tertangguh sekian lama tanpa dicabar pasukan Pendakwaan. Fahamlah kita kenapa banyak kesilapan-kesilapan bodoh dari pihak pendakwaan dibuat dalam kes ini antaranya kegagalan mendesak Anwar mengemukakan saksi alibi yang nama-nama mereka dikemukakan kepada Mahkamah oleh Karpal Singh sebaik Anwar diarah untuk membela diri.

Begitu juga dengan tindakan menamakan Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif sebagai sebagai sebahagian dari pasukan pendakwaan walaupun tahu beliau ada ‘isu’ dengan Saiful Bukhari. Soal kebenaran disebalik isu yang dibangkitkan itu tidak penting, yang penting kegagalan mengenal pasti masalah yang timbul telah menyebabkan kes tersebut hampir sahaja dibuang oleh Mahkamah.

Dan siapa yang patut bertanggungjawab dalam soal ini? Penulis yakin Yusof, kerana sebagai ketua pendakwaan, dia yang bertanggungjawab memilih timbalan pendakwa raya mana yang layak untuk membantunya dalam mengendalikan kes tersebut.

Penulis yakin, semua kegagalan ini memainkan peranan penting dalam mendorong Hakim membuat keputusan membebaskan Anwar dari kesalahan meliwat Saiful.

Yusof tidak perlu menjawab kepada media (apatah lagi yang pro pembangkang) seperti yang dilakukannya sebentar tadi. Yusof perlu menjawab kepada rakyat kerana sepanjang dia berkhidmat di Jabatan Peguam Negara, wang rakyatlah yang membayar gajinya.

Ini bukan soal kecil, ini soal serius yang membabitkan intergriti pejabat Peguam Negara sebagai satu-satunya badan yang mempunyai keputusan penuh untuk meneruskan atau tidak sesuatu kes pendakwaan. Begitu juga dengan menentukan sama ada rayuan akan dibuat ke peringkat Mahkamah yang lebih tinggi atau tidak.

Kita bimbang ada unsur-unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa terlibat. Takkanlah semuanya terjadi secara kebetulan? Kalau benar Yusof ‘dibeli’ semasa mengendalikan kes Anwar, perbicaraan semula perlu diadakan dengan barisan pendakwaan yang baru.

Silap-silap, Peguam Negara pun perlu letak jawatan.


Sumber : BeruangBiru
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone