Tuesday 29 May 2012

WWW1: Nizar vs Sultan Johor

PADA ketika artikel ini ditulis, penulis suka nak memaklumkan bahawa Datuk Seri Nizar Jamaludin yang mula mempolitik isu ini melalui twitternya sejak malam tadi telah tampil dengan penjelasan – UMNO sengaja membesar-besarkan isu tersebut.

'Penjelasan' ini diberikan setelah anakanda Sultan Johor, Tengku Ismail sendiri tampil menangkis tuduhan Nizar bahawa DYMM Tuanku menggunakan wang rakyat untuk membida nombor plat yang mencecah harga sebanyak RM 520,000 – yang juga merupakan rekod dalam sebarang bidaan nombor plat di negara ini.

Seperti biasalah, bila Pakatan Rakyat ada masalah, UMNO akan dijadikan kambing hitam. Ini bukan masalah besar yang nak dipeningkan sangat.

Soal duit rakyat atau tidak itu bukan isunya kerana sebagai Sultan Johor, baginda mempunyai pendapatan sendiri seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang tubuh negeri Johor, malah turut dinyatakan dalam Perlembagaan Malaysia juga. Itu baru bercakap tentang pendapatan, belum lagi kemudahan-kemudahan lain yang dikhaskan untuk baginda.

Malah sebelum ini pun baginda adalah Tengku Mahkota Johor untuk satu tempoh yang sangat panjang iaitu 29 tahun, sebelum ditabalkan sebagai Sultan Johor pada 2010 bagi menggantikan Alhmarhum Ayahandanya, Tuanku Iskandar yang mangkat pada 2010. Jawatan Tengku Mahkota itu juga adalah jawatan rasmi dan bergaji.

Semua inilah yang melayakkan baginda turut serta dalam bidaan tersebut dan motif disebalik tindakan Nizar mempolitikkan isu ini, bukanlah terlalu sukar untuk dibaca.

Nizar cuba membangkitkan sentiment kebencian di kalangan rakyat, kononnya DYMM Sultan Johor ini menghabiskan duit rakyat. Ini memang sikapnya yang sudah banyak termakan budi dengan DAP yang diketahui 'membenci' sistem beraja dan sering mencari jalan untuk menghapuskannya. Benci dalam erti kata pendapatan yang diterima, tapi kerana hanya orang melayu sahaja yang boleh menduduki jawatan tersebut.

DAP, seperti mana parti induknya PAP di Singapore, lebih suka kalau orang bukan melayu juga berpeluang untuk menjadi ketua negara, disamping ketua kerajaan (Perdana Menteri), yang sedang menjadi topik perbincangan hangat di laman-laman sosial sekarang.
Yang Nizar tidak nampak ialah wang sebanyak RM 520,000 itu dibayar semula oleh Tuanku Sultan kepada rakyat – kalau benarlah tuduhan Nizar bahawa DYMM Tuanku menggunakan wang rakyat untuk membida nombor plat tersebut, kerana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menguruskan bidaan tersebut adalah sebuah jabatan kerajaan.

Kalau difikir-fikirkan, DYMM Sultan Johor tidak perlu turut serta pun dalam bidaan tersebut, baginda boleh sahaja menggunakan pengaruhnya untuk meminta kerajaan menyerahkan nombor tersebut kepadanya. Tapi baginda bukan seorang yang begitu, baginda tetap turut serta dalam bidaan tersebut bagi mengelak prasangka yang lebih buruk di kalangan rakyat, terutama dikalangan ahli perniagaan kaya yang turut mengintai peluang untuk menggunakan nombor plat yang mempunyai tarikan tersendiri itu.

Isu ini sebenarnya bukan isu politik pun, tapi kerana sudah namanya Nizar, dia akan cuba juga memastikan ia dipolitikkan, dengan dia sendiri sebagai pemulanya. Yang penting kepada Nizar ialah komen-komen lain yang menyusul selepas isu ini menjadi sensasi. Itu yang sebenarnya dimahukan Nizar sebagai balasan kepada DAP yang meletakkannya sebagai Menteri Besar Perak (walaupun PAS hanya mempunyai 6 kerusi di DUN Perak).

Kredited : BERUANGBIRU...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday 21 May 2012

Kalah Kes Liwat, Adakah Yusof Bersekongkol Dengan Anwar?

BUKAN sedikit mata yang terbeliak di hari perbicaraan Anwar dalam isu Bersih pagi tadi. Semuanya gara-gara melihat peguam yang mewakili Anwar, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, bekas peguam cara II negara, yang juga mengetuai barisan pendakwaan kes liwat Anwar dan Saiful Bukhari. Ia seolah-olah melihat Mahathir berpegang tangan dengan Anwar, sehari selepas memecatnya dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998.

Yusof dengan rasmi melepaskan jawatan sebagai Peguam Cara II Negara, beberapa hari sebelum Anwar dibebaskan dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012.

Sementara ramai yang beranggapan, Anwar menang kes tersebut kerana Hakim terkhilaf dalam penghakimannya, tindakan Yusof kini menimbulkan kesangsian sama ada ketua pendakwaan sendiri pun ada memainkan peranan juga dalam pembebasannya.

Bagaimana dan berapa besar peranan yang dimainkan Yusof, penulis tidak pasti, tapi penulis yakin ada dan semua ini menuntut Yusof tampil memberikan penjelasan apa sebenarnya yang berlaku. Lagipun kita sedang cakap Yusof sebagai peguambela sekarang, bukan Yusof sebagai peguam cara, dan kebetulan golongan peguam kini ada isu kredebiliti dan intergriti yang serius

Sekarang fahamlah kita kenapa kes Anwar ini tertangguh sekian lama tanpa dicabar pasukan Pendakwaan. Fahamlah kita kenapa banyak kesilapan-kesilapan bodoh dari pihak pendakwaan dibuat dalam kes ini antaranya kegagalan mendesak Anwar mengemukakan saksi alibi yang nama-nama mereka dikemukakan kepada Mahkamah oleh Karpal Singh sebaik Anwar diarah untuk membela diri.

Begitu juga dengan tindakan menamakan Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif sebagai sebagai sebahagian dari pasukan pendakwaan walaupun tahu beliau ada ‘isu’ dengan Saiful Bukhari. Soal kebenaran disebalik isu yang dibangkitkan itu tidak penting, yang penting kegagalan mengenal pasti masalah yang timbul telah menyebabkan kes tersebut hampir sahaja dibuang oleh Mahkamah.

Dan siapa yang patut bertanggungjawab dalam soal ini? Penulis yakin Yusof, kerana sebagai ketua pendakwaan, dia yang bertanggungjawab memilih timbalan pendakwa raya mana yang layak untuk membantunya dalam mengendalikan kes tersebut.

Penulis yakin, semua kegagalan ini memainkan peranan penting dalam mendorong Hakim membuat keputusan membebaskan Anwar dari kesalahan meliwat Saiful.

Yusof tidak perlu menjawab kepada media (apatah lagi yang pro pembangkang) seperti yang dilakukannya sebentar tadi. Yusof perlu menjawab kepada rakyat kerana sepanjang dia berkhidmat di Jabatan Peguam Negara, wang rakyatlah yang membayar gajinya.

Ini bukan soal kecil, ini soal serius yang membabitkan intergriti pejabat Peguam Negara sebagai satu-satunya badan yang mempunyai keputusan penuh untuk meneruskan atau tidak sesuatu kes pendakwaan. Begitu juga dengan menentukan sama ada rayuan akan dibuat ke peringkat Mahkamah yang lebih tinggi atau tidak.

Kita bimbang ada unsur-unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa terlibat. Takkanlah semuanya terjadi secara kebetulan? Kalau benar Yusof ‘dibeli’ semasa mengendalikan kes Anwar, perbicaraan semula perlu diadakan dengan barisan pendakwaan yang baru.

Silap-silap, Peguam Negara pun perlu letak jawatan.


Sumber : BeruangBiru
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday 20 May 2012

Perkongsian Ilmu

Tanggal 22/05/2012 adalah tanggal 1 bulan Rajab, 1433 H, Riwayat Al-Thabarani dari Sa'id bin Rasyid "Barang siapa berpuasa sehari di bulan Rajab,maka ia laksana berpuasa setahun, bila puasa 7 hari maka ditutuplah untuknya pintu-pintu neraka Jahanam, bila puasa 8 hari dibukakan untuknya 8 pintu surga, bila puasa 10 hari, Allah akan mengabulkan semua permintaannya."

Barang siapa mengingatkan org lain ttg ini seakan ibadah 80 tahun.....fa insya'allahu minal amiiniin.
angrybird's BlackBerry®

Saksikan

Jangan lupa untuk Menyaksikan YB Dato Razali Bin Hj Ibrahim Timbalan Menteri Belia dan Sukan *MY* di TV3 MHI (Malaysia Hari Ini) pada 21/05/2012 jam 7.30 pagi secara LIVE.

Temuramah Eksklusif Sempena Himpunan Jutaan Belia 2012.



angrybird's BlackBerry®

Friday 18 May 2012

Kalau Nak Berjaya..

Di Kuching, semangat untuk meningkatkan kaumnya dan keluarganya sendiri menyebabkan seorang pelajar Penan, Lerroy Lemen telah terpilih menjadi kaum pertama Penan dari kawasan pedalaman Long Lemai untuk menerima biasiswa melalui program Peneraju Tunas Potensi.

Begitu kuat semangat Lerroy ni untuk berjaya. Tu dari kawasan pedalaman yang serba serbi kekurangan.

Macam mana pulak dengan adik-adik yang di kawasan bandar ni?
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday 17 May 2012

23 - 27hb Mei ni Hari Jutaan Belia kat Putrajaya... Wow! Mesti best macam-macam aktiviti menarik kat sana. Rugi la kalau tak pegi...

Jom.. Rakan Belia.. Kita bersatu hati bersama membangunkan generasi kita agar terus maju dan maju...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Peluang Hari Belia

@BeeAntBlues menawarkan lebih 100 tapak pameran, jualan, gerai F&B di #HimpunanJutaanBelia 23-27 Mei Putrajaya. Terdapat pelbagai akitiviti menarik spt Gig, Konsert, Paintball, Hot-Air Balloon,dll.

Sila hubungi Zaklean - 0126635008 & Sharifah - 0192589291 @ E-mail ke beeantblues2012@gmail.com


angrybird's BlackBerry®

Tuesday 15 May 2012

Selamat Ulang Tahun Umno 66

Selamat Ulang Tahun UMNO yang ke 66. Nampaknya sambutan kali ni memang meriah sekali. Buat pertama kali UMNO berhimpun di stadium bukit jalil untuk sambutan ulang tahun yang kebiasaannya di adakan di PWTC.

Sambutan dari golongan tua dan muda menunjukkan bertapa keramatnya parti ini. Umno unggul dalam pertadbiran dan kepimpinan kerajaan yang sememangnya tak dapat nak di pertikaikan sehingga ke hari ini.

HIDUP UMNO

Sent from angrybird's BlackBerry® (BBM 28071654) wireless device via Vodafone-Celcom Mobile

Wednesday 2 May 2012

Belia Malaysia Bertuah

Kat Malaysia ni macam-macam program yang di fikir cipta khusus untuk golongan belia. Bertapa kerajaan mengambil berat golongan ini. Di adakan hari khas untuk para belia. Untung-untung golongan ini tak rasakan yang mereka tu dipinggirkan. Apa tidaknya pada golongan ini kerajaan begitu sibuk dengan agenda-agenda politik yang pada sesetengah mereka mungkin membosankan.

Pelbagai kemudahan dan peruntukan juga kerajaan sediakan untuk para belia ini. Baik dari segi kewangan, prasarana kat tempat-tempat awam seperti bersukan dan bermacam-macam lagi. Akan tetepi sejauh manakah golongan ini menghargai segala yang diberikan oleh pihak kerajaan.

Merteri belia dan sukan tak pernah jemu turun padang untuk bertemu dan beramah mesra di samping mendengar sendiri permasalahan yang mereka ini hadapi. Akan datang pada 23-27May, merupakan Himpunan Sejuta Belia akan di adakan bakal menghimpunkan golongan pewaris masa depan bangsa dan negara.

Pelbagai aktiviti yang telah di rancang bagi menjayakan himpunan kali ini. Semua belia beliawanis di saran tak lepaskan peluang untuk bersama-sama di samping memanfaatkan program yang telah di rancang agar program ini dapat di jayakan dengan sempurna.

Sent from angrybird's BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile