Friday 9 November 2012

ANAK FELDA BERHIMPUN! TAHNIAH PM... TAHNIAH ANAK FELDA..

Pada hari ini, bertempat di Padang Kawad Uitm Shah Alam telah menjadi satu tempat perhimpunan Belia anak FELDA. Himpunan Generasi Belia FELDA melibatkan seramai 12,000 belia dari seluruh rancangan FELDA, boleh dianggap satu perhimpunan yang berjaya.

Tujuan himpunan ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada belia FELDA di rancangan FELDA dan di luar FELDA untuk mengenali antara satu sama lain dalam suatu wadah yang cukup selesa dan sempurna.

Berbagai aktiviti yang menarik sepanjang perhimpunan yang diadakan dari 9 - 11 November 2012 ini. Antaranya acara sukan Paintball, Futsal, Bola Jaring dan Explore Race.

Yang menariknya juga, YAB Perdana Menteri telah menyempurnakan bayaran DURIAN RUNTUH fasa ketiga bagi kategori belia/generasi baharu FELDA sebanyak RM5,000 kepada 112,635 keluarga dengan melibatkan sebanyak RM563,175,000. Bayaran ini akan dibayar dalam bentuk cek melalui rancangan FELDA.

Sumber dana kesemua pemberian durian runtuh adalah diraih daripada Penawaran Awam Permulaan IPO FGV. Pemegang saham FGV dijangka akan mendapat dividen daripada 50% keuntungan yang diraih oleh perniagaan FGV.

Penubuhan FELDA memberi impak kepada pendapatan pertengahan peneroka dan menyumbang banyak kepada pembaskian kemiskinan Negara yang dahulunya 70% berada di paras kemiskinan ke 3% hari ini. Sumbangan FELDA diteruskan lagi kepada generasi baharu FELDA dalam membantu kerajaan dalam membina generasi baru yang berpelajara dan berwibawa, bermula dengan penyediaan prasarana yang cukup seperti penubuhan Asrama Semai Bakti di Felda, pelbagai bidang kemahiran, biasiswa dan lain-lain yang berkaitan.

Sumber: Jabatan Pembangunan Komuniti & Koordinasi FELDA
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment