Sunday, 22 April 2012

Jom kita TIBAI

Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) telah di lancarkan di Kelab Sultan Sulaiman (KSS) dengan begitu ramai yang menyokong. Kali ini bukan sahaja Melayu, tetapi di sertai oleh India dan China. Tibai di ketuai oleh bekas pemimpin PKR, saudara Zahid Mat Arip.

Macam2 pertubuhan yang ditubuhkan, semata-mata nak bagitahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim. Mereka yang pernah bekerja dengan Anwar, seorang demi seorang tampil bagi menerangkan pada orang ramai sifat sebenar beliau.

Bermacam-macam cerita yang dapat kita dengar daripada pelbagai sudut oleh mereka yang pernah berkerja dengan Anwar Ibrahim. sejauh mana agaknya mereka yang dengar ni dapat terima TIBAI. Memang nampak bersungguh-sungguh sesetengah pihak cuba nak buktikan siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.

Semoga mereka yang ikhlas dalam perjuangan sekarang ni akan di permudahkan segala urusan mereka.


Sent from angrybird's BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile

Sunday, 1 April 2012

Dua juta dijangka sertai Himpunan Jutaan Belia bulan depan


KUALA LUMPUR 2 April - Seramai dua juta belia dijangka memeriahkan Himpunan Jutaan Belia yang akan berlangsung selama lima hari bermula 23 Mei ini di Putrajaya.

Menteri Belia dan Sukan (KBS), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sebanyak 38 segmen disediakan pada himpunan tersebut yang berlangsung bersama-sama Karnival Putrajaya yang merupakan antara 10 karnival terbesar di dunia.

Menurut beliau, antara segmen yang disediakan ialah kerohanian, kreatif, teknologi, hiburan dan sukan.

"Sehingga hari ini kita mendapat penyertaan lebih 20,000 belia yang akan menyertai pertandingan futsal pada karnival ini," katanya kepada para pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata, lebih 500 gerai telah ditempah oleh pelbagai pihak namun sehingga hari ini pihaknya masih menerima permohonan daripada orang ramai yang ingin menempah gerai-gerai tersebut. - UTUSAN


Friday, 30 March 2012

Ragu2 Nak Tolak BISEKSUAL ??

Dah terang dan nyata Biseksual ( LGBT ) tu amalan2 mereka yang memang tak ada akal, tetapi perbuatan tersebut menjadi satu kebiasaan bagi pemimpin pembangkang. Parti Pas pulak memang agak mengecewakan bila ada segelintir barisan pemimpin mereka yang menerima amalan sedemikian rupa. Kecewa sungguh aku dengan Parti yang dulu aku anggap pemerintahannya berlandaskan Al Quran dan Al Sunnah.

Hari ini, seorang demi seorang dari kalangan pemimpim Pas keluar membuat kenyataan yang beliau menolak amalan tersebut. Baguslah kalau macam tu. Lepas ni aku harap ada kalangan pemimpin2 Pas akan cuba menasihati Penasihat Parti PKR agak balik ke pangkal jalan. Jangan cuba nak huru harakan Negara Malaysia yang dah sedia aman. Kalau setakat dia nak berasuah sikit sikit tu mungkin orang akan pejam sebelah mata walau pun ada yang tak boleh nak pejam. 

Ini pulak cuba nak perak peranda warga2 muda dengan amalan2 yang terkutuk. Sudahlah menaikan kemarahan jalinan cinta dengan Israel. Tak cukup dengan itu, nak rosakkan ideologi dan pemikiran anak2 muda dengan membenar hubungan sumbang. 

- angrybirdfly -

Thursday, 29 March 2012

Peranan Media Baru dalam Gagasan 1Malaysia @TehTarikYB vs Kelab MAYC Veteran

Bila kita bercakap mengenai Gagasan 1Malaysia, masih ramai yang samar samar apakah sebenarnya Gagasan 1Malaysia. Untuk kita faham dengan lebih dalam maksud dan misi ini, jom kita sama sama dengar apa yang akan diterangkan langsung memberi penjelasan yang penuh mengenai Gagasan 1Malaysia.

Wednesday, 28 March 2012

PRU 13 : Berebut Kerusi Petanda PR Mahu Bungkus

Kiriman oleh Zanuddin @ Obey_one pada March 28, 2012.


Titik temu di antara DAP, PKR dan Pas yang melahirkan gabungan haram PR (tidak berdaftar) hanyalah bersandarkan faktor BN adalah musuh bersama, bukannya kerana mahu berkhidmat & menjaga kebajikan rakyat apatah lagi berhasrat memajukan negara.

Pengelutan dalaman terbaru yang melanda Pakatan Rakyat (PR) sekarang ini membabitkan perebutan kerusi DUN & Parlimen antara DAP & Pas Kedah hanyalah satu daripada ratusan bukti yang menunjukkan PR bakal menempah maut dalam PRU 13 kelak.

Menurut Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik yang juga ADUN Kota Darul Aman, jika dalam PRU akan datang Pas gagal memberi lebih banyak kerusi untuk ditandingi DAP, bermakna akan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Kenyataan berbau ugutan tersebut bukan saja menyebabkan ramai penyokong Pas berang naik darah, malah tidak kurang juga yang mula mempertikaikan peranan DAP dalam PR yang dilihat cuba mendominasi arah haluan gabungan tersebut.

Rupanya penyokong Pas baru sedar sikap sebenar DAP sedangkan dah lama kita ketahui betapa kiasunya DAP dalam menjaga kepentingan mereka berbanding mengutamakan kepentingan bersama.

Dalam BN lain halnya. Konsep pembahagian kerusi jikapun terkadang ada kesulitan dan masalah antara komponen BN, jalan penyelesaiannya tetap dirundingkan bersama kerana tertubuhnya BN itu adalah kesinambungan dari parti Perikatan yang lahir atas niat & hasrat murni untuk membela rakyat & memerdekakan negara.

Bagaimana mungkin untuk PR layak memerintah negara bila dalam hal pembahagian kerusi antara anggota gabungan pun wujud budaya ugut mengugut? Pantang bertelingkah pendapat masing-masing berkeras dan enggan mengalah, mahu jahanam negara dibuatnya kalau PR yang memerintah nanti.

Gabungan PR itu sendiri hingga sekarang tidak didaftarkan pun sudah cukup untuk menyebabkan keyakinan umum terhadap PR tergugat ditambah lagi dengan isu perebutan kerusi, jadi tidak sukar untuk kita menjangkakan dalam PRU 13 nanti ada kemungkinan untuk PR bungkus dan gulung tikar.


Sent from angrybird's BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile

Sunday, 25 March 2012

Tak Ada Sebab Untuk Tolak Pembangunan di Pengerang


Kiriman oleh Zanuddin @ Obey_one pada March 25, 2012.

Daerah kecil Pengerang yang selama ini terkenal dengan makanan laut telah dikejutkan dengan beberapa isu ekoran dari keputusan kerajaan persekutuan dengan kerjasama kerajaan negeri Johor untuk membangunkan kawasan itu dengan pembinaan Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Petronas Loji yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri tidak berapa lama dahulu.

Projek yang di anggarkan bernilai hampir 60 billion itu, adalah merupakan salah satu dari program pembangunan di bawah Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) yang terbesar dan termoden di rantau ini. Perdana Menteri ketika menyampaikan amanatnya kepada 10,000 warga kampus sempena Majlis Pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa di Universiti Teknologi MARA baru-baru ini, juga mengatakan selain dari menjana pendapatan ekonomi negara ia antara lainnya, mampu menjana lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Setiausaha UMNO Bahagian Pengerang, Haji Ghazali Abas ketika di hubungi mengatakan majoriti penduduk mengalu-alukan projek pembangunan ini. Selain menjana pendapatan penduduk yang selama ini bergantung hidup dengan hasil tangkapan ikan dan pertanian ia juga dilihat mampu untuk memberikan kehidupan yang lebih selesa dan teratur kepada penduduk kampung yang terlibat.

"Ia merupakan satu rahmat kepada penduduk Pengerang dan kepada rakyat Johor secara keseluruhanya. Pembangkang dilihat cuba mengambil kesempatan di atas isu ini untuk mewujudkan sentimen kebencian di kalangan rakyat dengan mengaitkan pembangunan ini dengan isu Lynas di Pahang. Mereka juga turut mengaitkan projek dengan kesan radioaktif dan bakal menyebabkan lelah dan penyakit, khasnya kanak-kanak dan orang tua yang akan hilang imuniti secara perlahan-lahan dan sebagainya "

Ini kerana menurut beliau pembangunan ini bukanlah yang pertama kali ingin dilakukan oleh kerajaan. Sebelum ini negara telah mempunyai hub simpanan minyak di Terengganu, Melaka dan Johor. Malahan negara jiran seperti Singapura juga mempunyai hub simpanan minyak seperti ini katanya lagi ketika mengulas kenyataan yang dikeluarkan Naib Presiden Keadilan merangkap Ketua PKR Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng.

"Kalau betul projek ini bahaya, secara logiknya sudah tentu rakyat di negeri Terengganu, Melaka dan Johor telah tercemar dengan kesan radioaktif dan mengalami simptom-simptom seperti yang dinyatakan tadi. Namun ini tidak berlaku. Oleh itu saya melihat kenyataan itu hanya merupakan sangkaan jahat untuk mengagalkan projek pembangunan ini" katanya lagi.

Menurut beliau lagi, baru-baru ini hampir 700 orang wakil kepimpinan dan NGO di kawasan Pengerang seperti persatuan belia, ketua-ketua blok dari kawasan Felda, wakil persatuan nelayan, penghulu mukim, ketua-ketua kampung, pertubuhan wanita dan sebagainya telah hadir untuk berhimpun secara aman bagi menyatakan sokongan penduduk terhadap pembangunan ini sekaligus menolak perhimpunan yang mereka adakan pada minggu lalu yang mana menurut beliau hanya dihadiri sekitar 200 orang.

Beliau juga mengulas kenyataan yang dibuat oleh Kasran Abdullah yang di siarkan oleh portal Malaysiakini, kononnya mewakili Jawatankuasa Bertindak Penduduk-penduduk Pengerang yang mengatakan hampir 96% penduduk kampung menolak projek ini. Beliau menolak dengan sekeras-kerasnya kenyataan itu dengan mengatakan ia tidak masuk akal sama sekali.

Ini kerana menurut beliau majoriti penduduk yang ditemui langsung tidak mengetahui atau dimaklumkan mengenai kajian yang kononnya dijalankan itu. Oleh yang demikian kenyataan itu tidak boleh diterima sama sekali. Hasil pemeriksaan yang dijalankan juga, mengatakan persatuan yang dikatakan itu juga adalah merupakan persatuan yang haram kerana tidak pernah berdaftar secara sah.

Penghulu Mukim Pantai Timur, Mohamad Khaidir Ismail ketika dihubungi juga memberikan maklumbalas yang senada dan hampir sama. Beliau menolak dakwaan yang mengatakan hampir 1600 tandatangan telah berjaya dikumpul sebagai tanda bantahan untuk menolak projek pembangunan ini.

"Mungkin ada beberapa isu yang berbangkit yang disuarakan oleh orang kampung, namun untuk mengatakan majoriti penduduk menolak tidak boleh diterima sama sekali" katanya lagi.

Beliau turut menegaskan, ada terbaca mengenai laporan berita dan rakaman perbualan yang dikeluarkan oleh portal yang sama berkenaan kesediaan penduduk kampung dan nelayan untuk berpindah sekiranya tawaran harga yang diberikan memuaskan. Kenyataan itu sekaligus menolak dakwaan majoriti penduduk menolak pembangunan.

Katanya lagi isu ini harus dilihat dari sudut yang lebih luas dan positif. Dengan kehadiran projek pembangunan ini ia sekaligus akan dapat mengurangkan isu kawasan Pengerang yang sering digunakan oleh pendatang asing tanpa izin sebagai laluan pintu keluar masuk dan aktiviti-aktiviti penyeludupan dan sebagainya.

Beberapa laporan polis juga telah dibuat oleh wakil-wakil kepimpinan kampung dan NGO sebagai tanda bantahan dan menolak pendekatan yang digunakan oleh pembangkang untuk memburuk-burukkan kerajaan dan menghasut penduduk kampung semata-mata untuk meraih simpati bagi meraih undi, tegas beliau lagi


Obey-One berkata : Buat semua rakan di Johor terutama dari UMNO sedar lah Johor bukan lagi kawasan selesa dan tersendiri…


Friday, 23 March 2012

Ulang Tahun Umno

Info from : @AfiqKLtown:


DS Najib berkata mesyuarat MT UMNO malam ini bersetuju untuk mengadakan sambutan ulang tahun UMNO ke 66 pd 11 Mei 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil dari 11 - 13 Mei dengan beberapa pengisian program spt forum hal ehwal Islam, Job Fair, Futsal, karnival jualan dll.



Sent from angrybird's BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile